Ahad, 15 Januari 2012

Program Retreat CDC Malaysia

SERAMAI 28 orang ahli Jawatankuasa Persatuan Pembangunan Siber (CDC) Malaysia menghadiri program retreat yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Januari lalu.

Program itu yang menghimpunkan pengerusi-pengerusi CDC negeri bertujuan mengeratkan hubungan sesama mereka serta membuat perancangan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012.

Pada program itu juga, semua peserta didedahkan dengan teknik membuat dan menyelenggara blog bagi tujuan hebahan mengenai aktiviti yang dijalankan oleh CDC pada peringkat negeri dan pusat.